Minyak Kelapa / Dara / VCO-virgin coconut oil.Dulu Kini dan akan datang. Treenea


Masih terbayang betapa sabarnya saya dan adik beradik lain menunggu mendiang makcik menyiapkan pemprosesan minyak kelapa di atas dapur kayu yang masih wujud sehingga kini di rumah mak saya.

Semuanya untuk merasai tahi minyak yang memang sedap,lemak manis dan kadang-kadang pahit sebab hanggus. Ketika itu,di situlah sumber minyak rambut kami sekeluarga. Oo patutlah rambut kami adik beradik semua tebal-tebal,hitam likat berkilat.Sehingga tahun-tahun terakhir mendiang makcik saya,dia masih setia membanting kudrat memproses minyak ini dan rambutnya memang kurang beruban dan lebih hitam berbanding orang seusianya.

Kalau rezeki menyebelahi dan kelapa tua banyak,siap boleh buat bekalan minyak masak. Kalau dahulu minyak mazak bukanla suatu yang senang diperolehi di perkampungan saya. Oleh itu keberadaan minyak ini, walaupun hanya minyak kelapa,sangat sangatlah mengujakan.

Itu dulu.Tak pernah terfikir pon dibenak saya yang ketika itu muda, bahawa minyak kelapa ini akan dikomersialkan ke tahap yang lagi tinggi. Kini telah banyak syarikat pengeluar makanan tambahan atau suplimen yang memilih mengetengahkan minyak kelapa sebagai suplimen tambahan seiring dengan gaya hidup masa kini yang rata-rata mementingkan kesihatan. Antaranya ialah Treenea, Cosway, Orifera dan beberapa lagi yang saya pasti akan timbul dipapan skrin anda sebaik menaip VCO. Apa yang menyebabkan syarikat-syarikat ini terpanggil untuk mengkomersialkan hasilan daripada pokok serba guna ini ya? Jawapannya banyak. Antaranya;

1. Kandungan Antioksidan yang tinggi. Ini satu berita yang baik kerana:
- Mencegah serta meminimakan kesan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit
- Bersifat anti penuaan.
- Membantu meningkatkan fungsi sistem pembiakan.
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
- Meningkatkan kesihatan buah pinggang.
- Memelihara hati
- Memelihara dan meningkatkan kesihatan gigi.


2. Kaya dengan Vitamin A dan E
- Bertindak sebagai antioksidan
- Memperlahankan penuaan sel dan juga tisu
- Mengelakkan anaemia
- Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
- Menghalang dan mengubati gejala pendarahan beku
- Membuka dan melebarkan pembuluh darah
- Penting dalam menjaga kesihatan mata.
- Penting dalam proses pembaikan tisu yang telah rosak

3. Tidak mengandungi kolestrol dan rendah kalori- Walaupun namanya minyak, minyak kelapa dara tidak mempunyai kolestrol seperti yang ditakuti oleh semua.
4. Mengandungi Phospholipids iaitu bahan penting yang bertindak seperti berikut:              - Meningkatkan daya ingatan.                                                                                        - Juga bertindak sebagai agen detoks.                                                                             - Melalui beberapa kajian yang telah dijalankan di luar negara, di dapati VCO berupaya meningkatkan kesihatan pesakit Alzheimer and Parkinson.
5. Mengandungi Sterol Tumbuhan. Apa tu? Dari pandangan botani, sterol tumbuhan ini ialah molekul organik yang terdapat secara semulajadi di dalam tumbuhan. Ianya telah terbukit secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah. So dalam VCO ni, sterol kelapa bertindak merendahkan kadar kolestrol LDL (Lipoprotien Densiti Rendah- kolestrol jahat yang boleh berkumpul di dinding-dinding arteri dan seterusnya menyumbat arteri tersebut. Jahatnya kan!). Oleh sebab kolestrol tu dah dihalang oleh sterol kelapa tersebut, maka secara tidak langsung ini akan mengurangkan risiko serangan jantung. Tahukah anda di Malaysia penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Jom cuba VCO.
6. Kandungan MCT (Medium Chain Triglycerides) yang terdapat di dalam VCO ini boleh:      - Memberi tenaga segera.                                                                                              - Membantu pengurangan berat badan.                                                                          - Membantu melancarkan sistem perkumuhan. 

So ada yang nak cuba tak? Mari cuci mata kejap iklan tak berbayar ni.

VCO 60 SOFTGEL ( 60 CAPSULES )

vco60


  
    Serving per container : 2 – 4 capsules per day

   Retail Price  :
   RM40.00 (Peninsular)
   RM43.00 (Sabah/Sarawak)

VCO 120 SOFTGEL ( 120 CAPSULES )



    Serving per container : 2 – 4 capsules per day

    Retail Price  :
    RM75.00 (Peninsular)
    RM78.00 (Sabah/Sarawak)


VCO LIQUID ORIGINAL FLAVOUR ( 180ML )








    Serving per bottle  : 2-4 tablespoon per day and external use

    Retail Price  : 
    RM40.00 (Peninsular)
                                                                       RM43.00 (Sabah/Sarawak)

VCO LIQUID PINEAPPLE FLAVOUR ( 180ML )








    Serving per bottle  : 2-4 tablespoon per day and external use

    Retail Price  : 
    RM45.00 (Peninsular)
    RM48.00 (Sabah/Sarawak)

Ada dalam bentuk softgel kapsul dan juga cecair. Bagi yang tahan untuk menelan cecair minyak begitu sahaja, disyorkan ambik VCO cecair tu. Baru baru ni pihak Treenea telah mengeluarkan cecair VCO berperisa nenas. So senang sikitla nak menipu diri bila telan sesudu or bersudu-sudu VCO jenis ini. Yang kapsul tu seperti biasalah, senang ditelan begitu sahaja. oh ya satu info untuk semua kapsul yang digunakan merupakan bahan daripada tumbuhan, so memang halal.

Nak cuba? Bolehlah hubungi saya 013545 5577 sebab saya pengedar sah dan beroperasi disekitar Kota Damansara dan Kelana Jaya. Pengedar sah, bukan pengedar dadah tau.


Comments

Popular Posts