SINUS.....aduh sakit kepala ku
Assalamualaikum semua.. apa khabar kamu...
Sapa ada masalah sinusitis atau bahasa perubatan kampung resdung,sila angkat tangan.Saya termasuk dalam pengiraan tersebut πππ. Bulan lepas 4 hari bertarung kesakitan dengan masalah ini. Bermula dengan selesma yang berpanjangan akhirnya detected ada keradangan sinusitis..

Apa sebenarnya sinusitis/resdung ni? Meh tengok rajah bawah ni (credit to google picture)
Semua orang mempunyai sinus. Yang membezakan ialah samada sinus tersebut dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Sinus sebenarnya merupakan rongga kosong pada beberapa tulang dibahagian tengkorak.Dalam keadaan normal rongga ini dipenuhi udara yang boleh bergerak keluar masuk. Namun apabila keradangan sinus berlaku, berlaku penebalan mukos (penghasilan lendir seperti hingus yang banyak). Lendir dalam rajah atas ni diwakili oleh bendalir kuning disebelah kanan muka
Lendir ini akan kelihatan berwarna kuning, hijau atau ada juga yang bercampur darah. Ianya tidak dapat bergerak keluar dari rongga tersebut (seolah-olah tersekat), dan ini mengalakkan pertumbuhan bakteria. Bila dah terlalu banyak lendir ini, maka tekanan akan dirasai diikuti oleh rasa sakit biasanya di bahagian tengah dahi, di atas pelipis mata dan ada juga yang mengalami kesakitan di bahagian tengkuk.
Rawatan?
Biasanya dalam bentuk ubat penahan sakit, irigasi hidung menggunakan cecair khas atau antiobiotik sekiranya berlaku jangkitan bakteria. Namun sekiranya tahap sinusitis sudah mencapai paras kronik, doktor biasanya akan menggunakan ubat semburan hidung steroid bagi mengawal radang
Itu yang moden.Ada ke rawatan tradisional bagi resdung ni?Nampak tak, bila sebut tradisional,terus terminologi penyakit ini bertukar kepada nama kampungnya, senang nak bezakan hehe. Ok petua pertama you all kena ada LIDAH BUAYA...tumbuhan tu tau bukan lidah buaya darat yang maybe pernah mengejar cinta dan kasih sayang korang π

Nak buat apa lidah buaya ni sis sis sekalian? Sambil tenang diposisi, ayuh kita ambik isi/ gel/ lendir daun lidah buaya tu dan titikkan ke dalam rongga hidung. Kena bersedia dengan towel kecik or tisu sebab kemungkinan besau korang akan bersin haha. Kalau tak mau layan sesi bersin-bersin ni , ambik lagi lendir yang lain dan rebus bersama air kosong. Minum suam2...
Yang kedua... korang kena mengunyit dan menghalia (jangan nak fikir benda lain ek babab karang)
Ya KUNYIT dan HALIA. bergabung dua ni dalam teh panaih panaih bisa mencairkan mukos dalam rongga sinus kita sistur. Bila mukos ni da yilek makan kurangla tekanan di muka dan seterusnya kita jadi lebih releks. Kenapa Kunyit dan Halia? Sebab kunyit dikenali lama dah sebagai bahan alami yang mempunyai sifat anti inflamsi dan anti oksidan. Si Halia tu pulak ada kelebihan magis selain menggalakkan pencairan mukos, ianya mampu menenangkan perut kita. Lega hidung lega perut , kan berbaloi tu
Ada cuka epal di rumah? Expired tak lagi? Kalau belum, mariiii dicoba petua ini pulak. Ambik 3 sudu makan cuka epal, campurkan ke dalam secawan air panas atau teh panas pon boleh. Nak lagi layan, tambah madu asli dan perahan lemon. Surrrr jawabnya. Bolehla jadi amalan 3 kali sehari selain amalan scrol socmed korang tewπ
Ok lah teman teman kalau aku jumpa petua lain aku share lagi yer.
Kopivosian , Assalamualaikum π
Comments
Post a Comment