Daun sirih dan khasiatnya




Daun sirih, selain popular dibuat sirih junjung sebagai sebahagian daripada hantaran dalam perkahwinan orang Melayu, tersimpan seribu satu kegunaan. Salah satunya sebagai bahan pencuci Miss V atau bahasa laymannya bahagian sulit wanita. Bagaimana?

1. Ambil beberapa keping daun sirih dan di cuci bersih.

2. Rendamkan ke dalam baldi berisi 1/3 air panas ditambah air mandian biasa. Tunggu sehingga beberapa ketika. Ketika daun sudah mula mengeluarkan bau, ambil dan cuci bahagian Miss V seperti biasa. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. 

* Untuk wanita yang berhadapan masalah kegatalan dibahagian tersebut, sekiranya tidak ingin menggunakan ubat moden, juga boleh mengamalkan petua diatas namun dalam jangka masa yang lebih kerap. Walaubagaimanapun sekiranya keadan tidak berubah, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.

Masalah Hidung Berdarah?
Jangan risau, sekiranya tidak menghidap penyakit berbahaya, bolehlah amalkan petua ini. 

- Ambil 2 lembar daun sirih dan dibersihkan. Gulung dan dimasukkan ke dalam hidung tadi. Tahan sehingga beberapa ketika.

Jika anda ada petua lain yang juga menggunakan daun sirih,jom komen dan share disini ya.


Comments

Popular Posts