Atkins Diet atau Diet Rendah Karbo..apa tu?

Sedang rancak bercerita mengenai diet Atkins (yang separa tak sedar mula aku amalkan) tiba-tiba sahabat baik belasan tahun mengeluarkan pertanyaan " diet apa tu, mana ko belajar?"..opps terpaksa bagi tau jugak yang aku sedang merajinkan diri membelajari ilmu Atkins ni. Bukan tak mahu berkongsi tapi serik sebab pernah dulu-dulu masa mula-mula nak berAtkins, ada polans bin/binti polans( ada s dan bin/binti sebab banyak dan pelbagai depa ni kihkihkih) ni memperlekehkan usaha ak nak mengawal kelebihan lemak. Sakit hati jugak tapi lama-lama dah kebal dengan sindiran "telur" yang dilemparkan. Aku ingat macam ada jugak aku tersumpah lebih kurang macam ni.. God,if i cant be thin make them fat... tapi nampaknya niat jahat tu selalu tak terkabul, depa maintain macam tu jugak huuuu

Ok by the way, aku terangkan jugakla pada sahabat baik aku tu mengenai Atkiens sefahaman aku (lain orang lain dia faham tau bila baca info-info ni) memandangkan dia tak menunjukkan reaksi nak hentam iolls. Selepas tu dia kata nak baca lanjut mengenai Atkins.. KrikKrikKrik penerangan aku tak sampai ke matlamat ler tue. So kalau anda semua macam sahabat saya tu yang nak tau mengenai Atkins, bah mari sia kasi kongsi maklumat manganai Atkins ni..naaah keluar ke Sabahan aku kalau bersemangat ni tau..boleh bah kalau kau hehe

ATKINS DIET
Pengasas: Dr Robert Atkins
Cerita dia macam ni, Dr Atkins ni mula-mula baca mengenai idea asal daripada research paper yang ditulis oleh Alfred W. Pennington di dalam journal kesihatan bertajuk The Journal of the American Medical Association yang diterbitkan pada tahun 1958. Research paper ok, so memang ilmu ilmiah dikarang oleh cendikiawan di bidang perubatan pada masa tersebut. Kalaulah dia sebut majalah URTV ke majalah Mangga ke memang ndak lah aku bilang orang Sabah (err tak paham? maksudnya aku tak berminat in Sabahan style).

Difahamkan bahawa Dr Atkins yang juga pada ketika itu mengalami masalah overweight telah menggunakan idea daripada study done by Alfred ni untuk menangani permasalahan beliau. Pada tahun 1972, beliau telah menerbitkan dan mempopularkan beberapa siri buku tulisannya sendiri yang bertajuk Dr Atkin's Diet Revolution. 30 tahun kemudian (2002) beliau telah menerbitkan buku baru bertajuk Dr Atkin's New Diet Revolution. Beberapa bahagian di dalam diet itu telah diubah suai tetapi tetap mengekalkan konsep asalnya. Uii naa 30 tahun idea beliau berlegar-legar di kalangan dunia dietes kan. Lama tu.. Nak tahu wajah pengasas ini?


Ini gambar masa muda



Gambar masa beliau-beliau sudah (tua)

(**Gambar ihsan Mr Google.com dan segala informasi saya cedok dan karang semula daripada website Wikipedia)

.......................... 

Ok end of Hari Ini Dalam Sejarah. Mari saya kongsikan mengenai intipati Diet Atkins pulak



Atas ini adalah kesimpulan ringkas untuk memahami makanan di BOLEHkan atau HALAL Atkins. 
Kenapa aku mula dengan makanan, sebab macam korang jugak benda pertama aku tak sabar-sabar nak tau masa mula-mula mengamalkan Atkins ialah makanan halal Atkins.Nampak tak macamana wujud unsur-unsur kuat makan hehe. 

Benda asas Atkins ni yang kena faham ialah membiarkan badan membakar lemak (sebagai gantian kepada sumber tenaga biasa iaitu karbohidrat daripada nasi,mee, roti dan sebagainya) bagi mendapatkan tenaga. 

Atkins ada 4 Fasa. 

1. Fasa 1 (Induction Phase)
Macam nama sejenis alat kat dapur kan hehe..Masa ini semua makanan jatuh bawah kategori 'haram terpaksa'.. Cuba tengak kat rajah atas tu. Fasa 1 apa jer yang boleh makan, tengok simbol yang berwarna sahaja ya. Dia kata FOUNDATION VEGETABLES, PROTIENS, HEALTY FATS & KEBANYAKAN CHEESE. Kekacang makan dalam jumlah yang sedikit sahaja. Yang penting karbohidrat yang korang telan mestilah paling banyak pon 20g-25g sahaja. 

Nasi tak makan tapi roti Gardenia or Masimo boleh kan...TAK BOLEH!!! sebab semua tu tinggi kandungan karbohidrat. Oiii yang pegang senduk nak suap laksa or bihun mee Anis Utara tu, simpan balik lauk tu, bagi kat adikadik or kakak or abang-abang sado  tu je makan. MEE pon ndak boleh. termasuk KUIH-MUIH tepung talam retak seribu, kuih donut ala Doremon dan kuih sebangsa dengannya.

Berapa lama?2 MINGGU..diulangi 2, two, dwi, er ( tak ada karaktor cina kat lappy ni) minggu/weeks. Lamanya kak oii.. Memang mencabar 3 hari pertama lebih-lebih kalau insan disekeliling kamu tu rajin nau menganyam ketupat mempersendakan kerja keras kamu. Bukan dia yang kena berlapar karbo kan, banyak cekadak pulak..

Makanlah banyak sumber protien macam ikan, ayam dan telur. Aku masa ni kurang makan daging sebab memang tak suka hehe. Kalau korang favorite silakan. Oh ya kerepek merepek pun tidak boleh tau. Aku tau sebagai rakyat Malaysia nasi is the main dish, but during Atkins nasi is a BIG NO NO.

Yang banyak menghiasi trolley masa kat pasar is TELUR. Tips: banyakkan resipi telur. Kalau hari-hari telur rebus sahaja memang bosan bak kata Stacy.  Selalunya aku tengok lihat sini. Menggoda akhirnya telur walaupun mata asyik menjeling nasi di pinggan suami. 

Senaman amat digalakkan semasa berdiet cara pak Atkins. Bagi aku ini terapi memadamkan kerinduan terhadap kunyahan terutamanya nasi. Pernah tau dalam fasa induction (aku da berapa kali induction hehe sebab asyik ke laut) tangan menggeletar sebab tak cukup tenaga.Kisahnya sebab asyik teringat nasi kahkahkah. So sekurang-kurangnya kalau bersenam, lupala sebentar kerinduan itu.

Banyak minum air juga disarankan. Air putih biasa tu tau bukan yang berkarbonat tu. Bukan sahaja baik untuk menyah-kau-dari-sini toksin yang bersarang, tapi dapat membuatkan kita rasa kenyang haha.

Eh apa jadi dengan lelemak dan kekarbo dalam badan masa Atkins ni? Its a bit complex to sum up dengan limited time yang aku ada sekarang. Aku tulis lagi dalam entry selepas ini ya.

Ok time to do spring cleaning kat dapur kecilku. Nanti saya kongsikan fasa-fasa lain di dalam Atkins ya. Ada Fasa 2,3 dan 4. Kalau rajin dan ada masa nak belajar Atkins boleh lihat di sini

Off to the kitchen. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.




Comments

Popular Posts