MEMBERSHIP-JOM DAPATKAN KEUNTUNGAN BERGANDA

Bestnya kalau tiap kali shopping, tiap kali tu jugak dapat keuntungan lainkan? Tiap hari,apa juga item dan dimana juga cawangan shopping outlet. NAH ITULAH YANG DIKATAKAN MEMBERSHIP ATAU KEAHLIAN. Di zaman aku selfie kau yang panas dan kepesatan tumbuhnya kedai-kedai maya seperti instashop, banyak ikan-ikan besar dunia perniagaan retail menyediakan kemudahan keahlian ini. Mahu? Senang, cuba berbelanja atau sekurang-kurangnya hadirkan diri ke shopping outlet disenaraikan dibawah. Ambik borang keahlian, isi dan serahkan pada akak-akak atau abang-abang di kaunter customer service,siap. Ehh lupa pulak, kena bayar sedikit fulus (tapi ada jugak yang free tau) dan siap satu fasa! Next, berbelanjalah di gedung retail shop ini dan jangan lupa leretkan kad keahlian anda tiap kali membeli-belah disini.



1.AEON Member

2.BonusLink

3.Tesco ClubCard

4.Aeon Big

5.Avon

6.Tupperware


Atas tu hanya sebahagian sahaja perniagaan yang mempunyai kad keahlian dengan tawaran istimewa tersendiri. Next post saya akan kongsikan keistimewaan tiap satunya. Mungkin anda sudah berdaftar sebagai member tapi tahukah anda keistimewaan lain selain dapat point? Cuba stop sekejap stalk insta or fb page si polan bin si polan dan stalk pula website retail partners yang menawarkan keahlian ini. Pasti anda tidak akan menyesal sebab banyak yang boleh kita exploitasi daripada ilmu hasil stalk nan satu ini. Till the next post.

Comments

Popular Posts